1Sekolah 1Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


 

ShoutMix chat widget

Tuesday, 20 September 2011

Peperiksaan bakal tiba.

 

Peperiksaan semakin hampir. Bagi pelajar PMR , peperiksaan mereka akan berlangsung dlm hanya seminggu dari sekarang. Pelajar SPM pula , ada lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk mereka mengulangkaji pelajaran sebelum SPM berlangsung. Bagi pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 di SMK Sungai Kruit, peperiksaan akhir tahun akan berlangsung dalam masa tiga minggu sahaja lagi. Boleh baca tips-tips di bawah sebagai persediaan untuk pelajar-pelajar.

 

Kesilapan yang sering dilakukan pelajar
  • Pelajar tidak memperuntukan masa untuk membaca arahan
  • Pelajar tidak membaca semua soalan
  • Pelajar tidak merancang masa dengan baik
  • Pelajar tidak membuat kerangka jawapan
  • Pelajar tidak cukup alatan
  • Pelajar tidak menjawab sebahagian soalan
  • Pelajar meninggalkan soalan 

Teknik menjawab soalan struktur
  • Jawapan berdasarkan pokok soalan.
  • Jawab dalam ruang yang disediakan.
  • Jawab dengan rangkaian ayat yang pendeksepatah perkataan atau satu angka sahaja.
  • Elakkan ayat yang lengkap dan panjang
  • Langkah perhitungan perlu diktunjukkan untuk soalan pengiraan
  • Ikuti arahan soalan dengan tepat
  • Gunakan maklumat yang diberi dalam pokok soalan.  

Semoga tips-tips ini berguna untuk para pelajar.

No comments:

Post a Comment