1Sekolah 1Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


 

ShoutMix chat widget

Sejarah Sekolah


Nama sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit
Alamat            : 35600 Sungkai

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kruit terletak di persimpangan jalan menuju ke Felda Sungai Klah. Letaknya lebih kurang 2 kilometer dari Pekan Sungkai. Pada peringkat awal, kawasan ini merupakan kawasan pertanian. Kawasan ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Pekan Sungkai dengan Tanjung Malim.

Projek pembinaannya telah dijalankan pada tahun 1993 di atas tapak seluas 15 ekar dan telah selesai sepenuhnya pada tahun 1995 dengan kos pembinaannya dianggarkan sekitar RM4.4 juta.

Sekolah ini mula beroperasi sebagai sekolah yang ke 17 di daerah Batang Padang pada 4 disember 1995 apabila Tuan Haji Md. Sohut dilantik sebagai pengetua yang pertama. Dia antara staf akademik yang awal melaporkan diri ke sekolah ini ialah Puan Rohaini Subari dan Encik Idris Johari. Sebagai peneroka sekolah ini mereka bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima guru dan pelajar tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang pada kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf sokongan yang lain.

Kemasukan pelajar buat kali pertama ke sekolah ini ialah pada 4 Disember 1995 iaitu seramai 425 orang yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai dan juga dari "feeder school". Jumlah keseluruhan pelajar yang memulakan pengajaran dan pembalajaran pada hari tersebut ialah seramai 674 orang.


Senarai Nama Pengetua Yang Pernah
Berkhidmat di SMK Sungai Kruit

Nama Mula Tamat
Tuan Haji Md. Sohut 1995 1997
En. Kamarun Bin Kilau 1997 2000
Pn. Hajah Norma Binti Abd. Kadir 2000 2007
En. Mior Ahmad Bin Ri 2007 2008
Pn. Hajah Rohani Bt Abd. Hamid 2008 2009
Pn. Natasya Chew Bt Abdullah 2009 Sekarang