1Sekolah 1Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


 

ShoutMix chat widget

Lagu Sekolah dan Lagu-lagu Rasmi

 Senarai lagu yang akan dinyanyikan pada setiap perhimpunan rasmi pada hari Isnin

LAGU SEKOLAH
Maju jaya sekolah kita
Wajarlah harapan bangsa
Harum namamu mewangi
Menggapai cita yang murni

Tunas gemilang putra-putri
Berilmu untuk berbakti
Itulah ikrar janji warga sejati

Sedia berjaya, sedia berbakti 
Mulianya pekerti jati diri
 Membina wawasan generasi terbilang
 Tekad dan iltizam kami pohonkan

SMK Sungai Kruit 
Terus menuju gemilang 
Doa dan usaha pasti akan berjaya 
Doa dan usaha pasti akan berjaya

 LAGU NEGARAKU



Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta


LAGU NEGERI PERAK



Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan negeri dan Sultan

LAGU PERAK DI PUNCAK KECEMERLANGAN



Langkah baru telah bermula
Sedia hadapi perubahan
Kepuncak kecemerlangan
Pasti kita akan berjaya

Realisasikan impian
Jadikan satu harapan
Jadikan satu perjuangan
Demi Perak Darul Ridzuan

Integriti, dedikasi
Pegangan kami
Berdisiplin, berpengetahuan
Kejayaan dalam genggaman

Marilah kita bersatu
Mencapai matlamat jitu
Negeri Perak sentiasa
Dipuncak kecemerlangan