1Sekolah 1Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


 

ShoutMix chat widget

Thursday 29 September 2011

Program Merekayasa




Pada tarikh 
29 September 2011
satu pertandingan telah dijalankan
di Syeikh Abdul Ghani,Bidor
pasukan Prs sekolah
telah  menghatar seramai 2
kumpulan untuk mewakili
sekolah dalam pertandingan
mencipta laman Facebook
untuk PRS sekolah
dan pertandingan
membina blog PRS sekolah.
Pertandingan blog
telah diketuai oleh
Saudara Jackkie,Azreen,Fatiha
dari kelas 4 kreatif

(sorry gambar Fatiha tak de)
Manakala
pertandingan membina blog
telah disertai oleh 
Saudara Syahme,Amirul dan Fatin
mereka terdiri daripada
klas 2kreatif dan 4 kreatif
(gambar sebelum majlis penutupan)

Malangnya
kita tidak berjaya memenangi
apa pun acara
yang kita
sertai.
Disini saya
menyertakan beberapa gambar
semasa
kami berada di
SMK Syeikh Abdul Ghani







Nota stoking?

Cikgu Noraini cakap tap pe..Tahun depan bole cube lagi
nak mintak maaf sikit sbb gambar die
tak jelas sgt,,Kami pakai webcam Netbook Fatin jerk..


Wednesday 28 September 2011

Retro Guru Smk Sg Kruit





Gambar kenangan dulu dan kini
Guru-guru SMK Sg Kruit


Tuesday 20 September 2011

Peperiksaan bakal tiba.

 

Peperiksaan semakin hampir. Bagi pelajar PMR , peperiksaan mereka akan berlangsung dlm hanya seminggu dari sekarang. Pelajar SPM pula , ada lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk mereka mengulangkaji pelajaran sebelum SPM berlangsung. Bagi pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 di SMK Sungai Kruit, peperiksaan akhir tahun akan berlangsung dalam masa tiga minggu sahaja lagi. Boleh baca tips-tips di bawah sebagai persediaan untuk pelajar-pelajar.

 

Kesilapan yang sering dilakukan pelajar
  • Pelajar tidak memperuntukan masa untuk membaca arahan
  • Pelajar tidak membaca semua soalan
  • Pelajar tidak merancang masa dengan baik
  • Pelajar tidak membuat kerangka jawapan
  • Pelajar tidak cukup alatan
  • Pelajar tidak menjawab sebahagian soalan
  • Pelajar meninggalkan soalan 

Teknik menjawab soalan struktur
  • Jawapan berdasarkan pokok soalan.
  • Jawab dalam ruang yang disediakan.
  • Jawab dengan rangkaian ayat yang pendeksepatah perkataan atau satu angka sahaja.
  • Elakkan ayat yang lengkap dan panjang
  • Langkah perhitungan perlu diktunjukkan untuk soalan pengiraan
  • Ikuti arahan soalan dengan tepat
  • Gunakan maklumat yang diberi dalam pokok soalan.  

Semoga tips-tips ini berguna untuk para pelajar.

Thursday 15 September 2011

Majlis Watikah Perlantikan PRS 2011

 

Tarikh : 9 Februari 2011

Majlis watikah perlantikan ini telah dilangsungkan bersama dengan watikah perlantikan Pengawas sekolah dan Majlis Ketua Tingkatan. Majlis ini diadakan untuk memberi jawatan dan hak kepada pelajar-pelajar yng terpilih sebagai pemimpin di sekolah. Pada hari tersebut , seramai 46 orang anggota PRS telah dilantik sebagai PRS bagi sesi 2011.

 Dalam gambar : Jacckie , iaitu Ketua PRS bagi tahun 2011 ..
Semoga dengan perlantikan tersebut, pelajar yang dilantik akan menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan baik. Adalah harapan sekolah supaya keadaan sekolah akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.