1Sekolah 1Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


 

ShoutMix chat widget

Misi, Visi, Piagam dan Cogan Kata Sekolah


MISI SEKOLAH
  • Mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM.
  • Menggalakkan penglibatan 100% pelajar dalam kokurikulum.
  • Mendidik pelajar supaya berdisiplin, berhemah tinggi dan berwawasan.
  • Mengekalkan pengurusan yang cekap, tepat dan kepimpinan yang baik serta dapat diteladani.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memberangsangkan.


VISI SEKOLAH

Memacu kecemerlangan pendidikan dan kepimpinan menjelang 2015.


PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SMK SUNGAI KRUIT sentiasa mengutamakan kepentingan serta komitmen terhadap profesion perguruan, kepentingan pelajar serta pihak-pihak lain yang berurusan dengan sekolah. Maka kami akan:
  • Sentiasa meningkatkan kualiti khidmat kerja dan tahap profesionalisme seiring dengan kehendak Pejabat Pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Perak dengan cekap, cepat dan tepat.
  • Sentiasa komited dan berdaya usaha demi meninggikan tahap keilmuan serta kepakaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terancang, berkualiti dan pelajar mendapat pendidikan sebaik mungkin.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme perguruan dan kerjasama di antara rakan sejawat dalam apa jua bidang demi memastikan Falsafah Pendidikan Negara tercapai.
  • sentiasa berhubung rapat dan bertoleransi dengan ibu bapa dalam urusan persekolahan agar dapat merealisasikan Wawasan Pendidikan.

COGAN KATA SEKOLAH
"Berilmu Untuk Berbakti"

Merupakan slogan ke arah mewujudkan masyarakat pelajar yang berilmu dan mengamalkannya kearah kebaikan. Adalah menjadi matlamat sekolah untuk mewujudkan suatu masyarakat pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam semua aspek. Dengan ilmu sahaja dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keperibadian serta peradaban yang tinggi. Harapan supaya sekolah bukan sekadar melahirkan masyarakat pelajar yang berilmu tetapi dapat memanfaatkan ilmu untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.